miss sweet

miss sweet
merah

Sabtu, 14 Ogos 2010

Kalau Aku Mati

Maafkan aku wahai orang tua ku,
maafkan aku wahai saudara maraku,
maafkan aku wahai teman-temanku,
maafkan aku wahai semua,
ampunkan dosa-dosaku,
sesungguhnya aku banyak melakukan dosa,
sejak aku dilahirkan sehingga kini.

Kalau aku mati,
sedekahkanlah Yassin dan Al-Fatihah,
supaya aku tidak gentar untuk menghadap-Nya,
supaya syurga Firdaus menantiku disana,
aku terlalu gentar akan seksaan-Nya,
aku terlalu gentar dengan Neraka Jahanam,
kerana balasan-Nya amat menakutkan,
terangilah kuburku,
seperti lampu yang terang benderang,
menyuluh jalan yang kelam.

kalau aku mati,
wahai orang tuaku,
wahai saudara maraku,
wahai semua,
usahlah kamu semua,
menaburkan airmatamu,
di pusaraku,
kerana aku tidak akan kembali,
seperti dulu.

kalau aku mati,
oleh itu,
ingatlah wahai semua,
dunia ini hanya sementara,
beramallah wahai semua,
sesungguhnya balasan akhirat sudah menanti,
perkara yang baik dibalas baik,
perkara yang jahat akan dibalas .
Ciri-ciri Penulisan:
Wacana pelukisan:Sesungguhnya aku banyak melakukan dosa
sejak aku dilahirkan sehingga kini
Bersifat ketaksaan:Sedekahkanlah Yassin dan Al-fatihah
Supaya aku tidak gentar untuk menghadap-Nya
Supaya Syurga Firdaus menantiku di sana
Aku terlalu gentar akan seksaan-Nya
Aku terlalu gentar dengan Neraka Jahanam
Bahasa kiasan:seperti lampu yang terang benderang
Menyuluh jalan yang kelam.
Bernada puitis:usahlah kamu semua
Menaburkan air matamu di pusaraku
Kerna aku tidak akan kembali seperti dulu
Pemilihan diksi:sesungguhnya balasan akhirat menanti
perkara yang baik dibalas baik
perkara yang jahat akan dibalas azab

2 ulasan:

  1. salam..

    persoalan tentang mati selalunya akan menginsafkan seseorang..

    syabas, mastura.

    teruskan berkarya

    BalasPadam
  2. Salam,,di sini Jan nak bagitau yang sekarang ini Jan tidak lagi menggunakan norizzanni@blogspot..com.my sebaliknya jan menggunakan izzannie90@blogspot.com.my.Kawan-kawan dan Cikgu Nasrol boleh menaip terus kat http://izzannie90@blogspot.com.my (BAHASA LAMBANG JIWA ANAK BANGSA).Jan nak minta maaf atas sebarang kesulitan kerana Jan ada masalah dengan blog lama.Diharap cikgu dan rakan-rakan sekalian akan membantu Jan dalam usaha kita menambah ilmu bersama-sama..sekian..

    BalasPadam