miss sweet

miss sweet
merah

Khamis, 16 September 2010

Ulasan Filem Zoo

Sebuah filem aksi komedi Zoo mengisahkan tentang Ad(Mazlan Pet Pet) yang sayangkan binatang-binatang dan mempunyai keistimewaan untuk bercakap dengan binatang.Pada suatu hari Ad memberitahu rakan serumahnya bahawa dia ingin bekerja di Zoo Negara.Dia telah pergi ke temuduga Zoo tersebut dan dia telah diterima bekerja di situ.Pada malam pertama dia bertugas di Zoo tersebut satu keajaiban telah berlaku di mana binatang-binatang di zoo boleh berbicara dengannya.Pada malam yang sama juga berlakunya kecurian binatang-binatang di zoo tersebut.Pengurus zoo tersebut iaitu En.Din,Lisa dan Osman telah mengesyaki bahawa Ad yang mencuri binatang-binatang tersebut.En.Din telah pergi ke rumah Ad dan menyuruhnya mengembalikan binatang-binatang di zoo tersebut.Ad menafikan bahawa dia tidak mencurinya dan dia telah menceritakan kepada En.Din bahawa binatang-binatang di Zoo boleh berbicara.Tetapi malangnya mereka tidak mempercayai Ad.Bermula pada masa itu,Ad telah berkawan dengan binatang-binatang di zoo tersebut.Kecurian berlaku lagi di zoo tersebut,En.Din,Lisa dan Osman masih mengesyaki Ad.Akhirnya Ad diberhentikan kerja di Zoo tersebut.Bermula dari itu,Ad dan kawan-kawan binatangnya telah menjalankan penyiasatan terhadap kecurian yang berlaku di Zoo tersebut.Akhirnya,Ad telah mendapat tahu daripada kawan-kawan binatangnya bahawa kecurian berlaku didalangi oleh Lisa yang bersekongkol dengan dua orang penjenayah.Lisa terpaksa melakukan kecurian tersebut kerana ingin melangsaikan hutangnya.Akhirnya Lisa ditugaskan membersihkan kawasan Zoo tersebut termasuklah membersihkan tempat tinggal binatang-binatang dan Lisa telah menerima balasan yang sewajarnya oleh kawan-kawan binatang Ad di Zoo tersebut.

Teknik yang membantu memahami kehebatan filem aksi ini ialah dari segi gerakan kamera.Gerakan kamera dalam filem ini telah memperkenalkan bintang-binatang yang boleh bercakap.Binatang-binatang yang terlibat dalam filem ini ialah zirafah,gajah,keldai kambing dan anjing laut.Keadaan ini telah menampakkan binatang-binatang di zoo tersebut nampak 'real' bercakap dan pemandangannya juga nampak cantik .Selain itu,filem ini nampak menarik dari segi gerakan lampunya yang terang dan membantu penonton memahami urutan ceritanya.Di samping itu,fotografi filem Zoo juga yang cantik membantu lagi penonton lebih memahami urutan ceritanya dengan meletakkan dialog pada binatang-binatang yang tidak dapat bercakap dengan Ad selain daripada kawan-kawan binatangnya di zoo tersebut.

Tahap persembahan dan mutu lakonan pelakon dalam filem ini adalah menarik.Ad(Mazlan Pet Pet) memegang watak utama dalam filem ini,Watak yang dipegang dalam filem ini adalah seorang yang sayangkan binatang,boleh bercakap dengan binatang dan bersikap kelakar.Dia telah bekerja di Zoo Negara dan dapat membongkarkan kecurian binatang yang berlaku di zoo tersebut dengan bantuan kawan-kawan binatangnya.Berbeza dengan watak Lisa dia seorang yang ego.mementingkan diri sendiri dan pandai berlakon dalm filem ini.Lisa telah mendalangi dalam kecurian yang berlaku dalam zoo tersebut.Dia terpaksa melakukan kecurian tersebut untuk melangsaikan hutangnya.Kritikan filem ini adalah,daripada segi kogiknya tidak mungkin binatang-binatang dapat bercakap dengan manusia.Filem Aksi Komedi ini wajar ditonton oleh semua lapisan masyarakat sama ada kanak-kanak,remaja,dewasa dan orang tua lelaki dan perempuan.Filem ini dapat memberikan pengajaran yang yang berguna kepada penonton iaitu jangan mengambil jalan yang mudah untuk mendapatkan wang bagi melangsaikan hutang denagn melakukan kecurian seperti watak Lisa.Selainitu,pengajaran yang kita dapat daripada filem ini ialah kita hendaklah sayangkan binatang-binatang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan